Friday, February 20, 2009

Beauty of Mathematics !!!!!!!

Beauty of Mathematics !!!!!!!

Absolutely amazing!

Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Thursday, February 19, 2009

Xsabar.....tapi kena sabar

Entry arini, aku nk cerita tentang diri aku yang sedang melalui alam pertunangan, agak lucah kot entry kali ini...kih3....aku rasa kebanyakan member aku ramai yang bertunang n ramai yang da berkahwin pon....waktu bertunang, pada aku waktu paling mencabar iman dan sabar, sebab waktu ni la, pasangan masing2 nk tnjuk cara sayang masing2...waktu ni la paling sabar, serius aku katakan, perkenalan, percintaan, pertunangan dan perkahwinan adalah perkara yang berbeza....Totally...

Perkenalan
Masa ni masih malu2....nk tanya pape pon segan....pendek kata sumenya masih xmengenali masing dan mungkin xharapkan pada perhubungan yang serius, lau ade ok, xde pon xpe....btol x?????Tapi Aku sangat percaya pada cinta pandang pertama....sebab bile pertama kali pandang die, kite terus kata die sangat ok...

Percintaan
Wah, yang ni alam paling seronok, mkn xkenyang, mandi xbasah, tido xlena, sume perkara nk kongsi bersama, masa ni nk mengenal hati budi masaing2, dan masing xtnjuk belang masing2....Tiap hari rindukan si dia, jatuh longkang pon hepi jer sebab bersama si die...(contoh jer)

Pertunangan
dari sbelum nk bertunang, masa bertunang dan nk kahwin, waktu nih paling menguji iman, yela ade jer masalah yang xpuas hati, aku rasa sume merasainya, lebih2 l;au due2 xnk mengalah....mmg rosak binasa la dunia nih...rasa sume xkene....so kenela ade iman, baru buleh mengubah keadaan....time nih, due2 da xtahan nk kawin sebenarnya...kih3...sebab tuh mcm2 hal berlaku

Perkahwinan
walaupun aku xmelaluinye, tapiaku rasa ni saat paling bahgia, lebih bile perkahwinan tuh dapat menghasilkan zuriat yang sempurna, comel, pendek kata bahgia giler la...Mungkin ade masalah2 lain, tapi aku rasa bile da jadi seorang isteri sifat sabar tuh mmg wajib ade....respect pada suami sgt pting...Doakanlan aku dapatjadi mcm nih....sabar+tabah+bertangungjawab....Dan seorang suami tuh,peranan amat besar, kene lebih bertangungjawab, beri perhatian penuh pada isteri, dan perlu lebih rasional....lelaki kene mtang..sebab nk jadi ketua kuarga...

hahahahhaha, ni komen aku mengenai 4zon yang dialami oleh pasangan normal, dan sebenarnya aku sgt xsabar nk kahwin, dan tgh sibuk mencari warna tema dihari bahgia aku, warna ape erk seswai...xsabarnya.............................

Wednesday, February 18, 2009

bolehkah kite buktikan???

Boleh ke kite buktikan kite cinta and sayang seseorang??

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
sedeynye.......

aku jiwang????

Since sapa2 yang terbaca artikel2 dalam blog ni, baca jerla erk...xpayah nk menyelami pape...its just an article untuk dikongsi bersama....Tapi mungkin buleh untuk dijadikan rujukan kepada sapa2...bile baca artikel kenapa wanita mudah menangis, mcm dapat satu nafas baru...mungkin kat luar sana ade yang lebih teruk dari aku.....

When girls cry…

When girls cry…

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.

If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.

If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.

A gurl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please hold her hands firmly,
coz she’s the one who is willing to stay
with u 4 for the rest of ur life.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please dont give her up,
maybe bcoz of ur decision,
u ruin her life.

When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she’s
feeling?

Think….

Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,

She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,
Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.
Do consider it,
Coz one day,
It may b too late for regrets,
It may b too late to say “im sorry”.
think about it.

“Appreciate and love those around u so that u’ll
never regret when it is too late..”

Iktibar dari sebiji kacang hijau

Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil dan burung yang besar terbang di udara itu asalnya dari sebutir telur”

Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, “Buat apalah berniaga tepi jalan, bila nak kaya?”
Dia lihat orang berlatih sukan, dia kata, “Setakat jaguh kampung bolehlah.” Dia terserempak dengan orang yang menulis buku, dia kata, “Setakat buku picisan macam ni aku pun boleh buat.”

Hakikatnya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Maka itu dia bebas berkata apa-apa sahaja. Jika dia berbuat perkara yang sama, dia akan berfikir banyak kali sebelum memberikan komen. Dia tahu jerih-perihnya untuk membina gerai di tepi jalan, berhadapan dengan cabaran pelanggan dan penguatkuasaan, komennya mungkin bukan bersikap komplen.

Jika dia pernah berlatih untuk memenangi sesuatu pertandingan sukan, dia akan tahu betapa pentingnya sesuatu kemenangan itu, biarpun tarafnya setakat jaguh kampung, ia tetap penting untuk kemenangan-kemenangan yang lebih besar. Dia tidak pernah memiliki kesungguhan seperti itu, maka dia bebas berkata apa-apa sahaja.
Kalau tahu sukar dan sulitnya menulis buku, dia tidak mudah memperlekeh karya orang lain. Sebaris ayat pun tidak pernah dihasilkannya, tentulah dia boleh berkata apa-apa sahaja.

Orang begini pastinya tidak akan ke mana-mana. Dia akan statik pada kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Ramai sungguh orang yang menjadi penganalisa tidak bertauliah. Cakapnya pandai, hujahnya kadang-kadang bernas juga tetapi suatu apa pun tidak pernah terhasil olehnya.

Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang lahir terus gagah, biasanya tidak bertahan lama. Gedung perniagaan yang gagah di bandar raya asalnya satu perniagaan kecil. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa. Pemimpin asalnya rakyat biasa. Seekor ayam asalnya sebutir telur. Seekor burung yang terbang tinggi di angkasa asalnya kecil, lemah dan tanpa sayap. Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya. Tiada seekor burung pun tiba-tiba lahir dan terus boleh terbang.

Orang yang tidak berbuat apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja. Bercakap itu mudah maka itu ramai orang melakukannya. Apabila tiba masa untuk berbuat, selalu menyerah sebelum mencuba.

Istimewanya mereka hanya pada, “Eleh, setakat macam tu, aku pun boleh,” namun dia tidak pernah melakukannya.

Itulah pelik dan anehnya sesetengah manusia.

Jika tidak pernah memegang berus cat, mudah saja mengatakan kerja mengecat itu senang dan boleh dilakukan oleh semua orang. Setelah benar-benar mengecat baru tahu sakit dan letihnya.

Menonton perlawanan bola sepak selalu menjadi juara jerit tetapi apabila disuruh bermain ternyata kaki bangku. Menonton orang menyanyi memang mudah mengatakan itu ini, begitu begini, tetapi apabila disuruh menyanyi tidak pula boleh mengotakan apa yang dikata. Memang, orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa.

“Doktor, tolong saya. Sebiji kacang hijau masuk ke telinga saya,” kata seorang pesakit.

“Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera.”

“Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je.”

“Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut.”

Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.

Oleh Dr. H.M.Tuah

Kenapa perempuan mudah menangis?

Kenapa perempuan mudah menangis

Artikel ini saya ambil dari sebuah laman web



Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: “Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. “Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. “Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. “Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. “Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. “Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? “Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Ekceli aku sangat suke baca artikel ini....

Tuesday, February 17, 2009

Degree oh Degree

Hummmm, bilelah aku nk smbung degree yer...:minimo_19:
Tula dulu xnk smbung....pdan muke aku...tapi mungkin belum ade rezeki, Insyallah nnti kalau di beri peluang aku akn wat degree..

Bile tgk CV pensyarah kat sini, mak o, sume dari oversea ...aku pon teringin juge...kih3...tapi xpela...nntila pegi oversea jnjalan...(mcm byk wit plak aku ckp) sapa tahu rezeki kite kan....

Menjadi penolong pegawai xsusah lau ikotkan jer kata2 dorang, tetapi masalah juge ikotkan sgt dorang...mcm pijak2 pale aku jer aku rasa..:minimo_29:.tapi tu lumrah alam, Tuhan beri kita ujian untuk kita lalui dengan tabah disamping berusaha mencari jalan penyelesaian dan ditambah dengan memohon doa kepada-Nya, Insyallah segalanya dapat dibereskan

Budak 13 tahun jadi bapa

Budak 13 tahun jadi bapa




GAMBAR menunjukkan Patten (kanan) duduk
di sebelah Chantelle memangku anak mereka.



LONDON - Seorang budak lelaki berumur 13 tahun, Alfie Patten menjadi bapa apabila kekasihnya melahirkan anak perempuan empat hari lalu di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekasihnya, Chantelle Steadman yang berumur 15 tahun bersalin di Hospital Eastbourne, Timur Sussex dan anak mereka seberat 3.31 kilogram.
Menurut Patten, dia dan Chantelle memutuskan untuk tidak melakukan pengguguran selepas mengetahui berita kehamilannya.
Patten mempunyai ketinggian hanya 1.21 meter dan tubuhnya seperti seorang budak berumur lapan tahun.
"Saya tidak pernah berfikir mengenai cara kami mahu membesarkan anak kami.
"Saya tidak mempunyai wang poket. Kadang-kadang bapa saya memberikan saya £10 (RM52.49)," katanya.
Patten menjalin hubungan seks ketika berumur 12 tahun tanpa memakai kondom dan mengetahui kekasihnya hamil ketika usia kandungan adalah 12 minggu.
Berita kehamilan itu terbongkar enam minggu kemudian apabila ibu Chantelle, Penny, 38, mengesyaki sesuatu selepas melihat tubuh anaknya berisi.
Pasangan kekasih itu akan membesarkan anak mereka dengan bantuan ibu dan bapa Chantelle.
Ibu Chantelle berkata: "Kami sudah mempunyai lima anak dan ia merupakan satu tanggungjawab kewangan besar.
"Namun, kami merupakan sebuah keluarga dan kami akan meneruskan kehidupan."
Sebelum ini, bapa termuda di Britain ialah Sean Stewart yang berumur 12 tahun. Dia mendapat anak selepas dia melakukan hubungan seks dengan Emma Webster berumur 15 tahun di Sharnbrook, Bedford pada 1998. - Agensi


Dasyat kan dunia skrg?????Anda nilaikan sndiri la yer....

Monday, February 16, 2009

Something to share

Rasa terpanggil utk berkongsi semua ini dengan kawan2 sekalian.
Sekali lagi, benarlah apa yg tercatat dlm Al-Quran.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Saya terima ini daripada 'forwarded email'.


Disebalik Musibah


Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA .


Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di
Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di
samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat re
sam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik ber
sama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma ber
sama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam ber
sama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti
Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan ber
sama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design
Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berm
inat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten di
samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr
Leon

Aktiviti dihujung minggu

Jumaat
Ekceli ni xtermasuk hujung minggu...tapi disebabkan mlmnye aku da berliba libo...hehehe, sronot sgt...sebab me,my hubby n his siblings pegi jnjlana kt Jusco Tebrau, smpai2 jer da kul 8.45, mission utama nk tgk wayang citer Geng upin dan Ipin, tapi da full dan org yang beratur terlalu pnjang...so xjadi nk tgk...so smbung jlan2...Pastu kiterorg mkan Pizza Hut...lepas mkn,. smbung jnjalan balik, tetibe terpikir nk try tgk wayang, hahhaha, last2 dapat juge tgk citer GEnG tuh....serius, mmg best...rugi sapa xtgk....mmg puas hati giler....kelakar, dan sapa yang nk pi tgk, saya syorkan, tggula smpai wayang tuh habis tros, sebab last tuh ade lagi babak2 pendek yang di selitkan..


 Sabtu
Sebab balik tgk wayang da kul 2...so aku ngntok giler, n bgun pon da agak lewat...kih3.. aku xde aktiviti, jadi aku watla Triffles.. 1st time wat...dan hasilnye agak sedap....kata my hubby, tapi aku rasa memang sedap pon...Tapi lau atas die letak krim + buah strawberry bertambahla sedap...xamik gmbar...tapi nnti aku cari pic yang lebih kurang sama dgn triffles yang aku wat...

Friday, February 13, 2009

Nape aku jadi mcm nih

Sometimes aku rasa aku malas nk gi keje, dis moning, dahla bgun lewat, pukul 6.45...mule2 kol 5 lbh aku da sedar, tapi xkan nk bgun kol 5, gile awal....so aku tdo balik...

pagi nih, lagi la malas nk wat kije....xde semangat langsung, dahla org ckp aku takde ilmu...xpe...sabo jerla..

Thursday, February 12, 2009

Atas arahan siapa??????????????????

Sebenarnye aku xberniat nk marah2...sebab aku wat keje ikhlas kerana Allah, nk dapat keberkatan, tapi jgnla melampau sgt....disebabkan aku nih xsabar, so aku terpaksa meletop hari ni...........

enpolan : cik jaja, mana saya nk dapat user id untuk hrfin
jaja : owh pasala user id yer
en.polan : haah, kata macikpolan mtk kat cik...btol kan?
jaja : apa?????sapa plak bagi arahan pada saya untuk incharge bahagian ni???
en.polan : tapi nape mcikpolan kata begitu???
jaja : aku terdiam dalam hati...stupid punye macikpolan...

siap ko macikpolan...aku nk report...ko telah memanipulasi aku.........stupid

Tuesday, February 10, 2009

Alhamdulillah...

Actually ade 2 pekara yang aku rasa bersyukur sangat...
1) da lulus exam.....
    tinggal tggu surat untuk pengesahan jwatan je kot....
2) Da bentang kepada panel penilai audit AKNC....Thanx to Mr. Khalid, sebab die membantu aku untuk bentang slide yang aku sediakan, Alhamdulillah die mmg terer membentang...mungkin pengalaman sebagai pensyarah sangat berguna diwaktu-waktu genting.

Friday, February 6, 2009

saya xsuke org hipokrit

Title post harini agak panas.....tapi serius, aku xsuke org hipokrit.....org sekeliling aku sndiri...depan kite ckp org lain bla bla bla.....kutuk2 ar kirenya, tpai bile depan org tuh siap leh bg gift lagi.....hohohoho....xfaham...dunia skrg....harap2 aku xjadi org hipokrit.....Insyallah....aku adalah aku....

Kisah di suatu malam

pagi nih agak mengantok + pening...coz mlm tadi tetibe akak aku col suh amik die n anak2 die kat tepi highway, kete rosak, masa tuh dalam kol 11lebih....so lepas amik dorang tros tdo umah akak aku..sebab da lewat mlm, xkan nk balik umah smula....takot + penat + ngntok....sebelom tuh dahla penat berjalan bersama cik nisa, lepas berjalan balik umah mandi2 sume....

ingat mlm tadi nk siapakn slide...tapi xde kesempatan waktu.....xperla, kene siapkan kt kmpong jerle....mlm nih nk balik kmpong....

Semalam, member ku lina col, nk mtk alamat, die da nk kawin....1/3/2009.....

Wednesday, February 4, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah ..........

Aku da lulus exam perkhidmatan, yuhooooo, xpayah nk repeat, berkat doa semua org, mak abah, Mr. K, n kawan2, aku lulus exam nih.....lepas nih tggal tggu btn, btn..wait, i will come to u....kih3....syukur sgt2....aku berjaya lepas exam tu, mmg agak susah, dan aku jwb pon merapu juger....xperla, yg pting aku lulus.....Yg xlulus jgn keciwa, usaha lagi...chaiyok !!!!!

inovation for AkNC

Actually, aku kene siapkan slide utk document manager, tapi masalah berlaku bile mlm tadi ade power failure, kire blackout ar, tapi tu ar....mcm mana nk siapkan slide lau sistem xleh access???Saat mcm nih mmg menakutkan, so trpaksa bgtaw encik khalid, sebab Itm baru xtaw pape....

Tapi dalam hal nih sapa yang taw selain aku sorang....aku rasa nk pgsan jer....try col cict, diorang pon....

Aku da makin terbeban....nk je aku btaw nc....huuhuuhuhuhu........sedeynyeee

Tuesday, February 3, 2009

when life something goes wrong

sebulan sekali aku mesti rasa begini, sume serbe rasa xkene....tapi mmg xberapa happy, baru lepas kene saman, kene settlekan kt jpj, mule2 aku xberpaa suke pada pengurusan jpj, tapi lepastu aku mule rasa its ok....

Aku rasa aku agak keterlaluan skrang...mungkin aku kene jadi lebih sabar, tapi mungkin nih dugaan hidup, aku cume hamba Nya yang lemah, jadi xbuleh putus asa, dan kdang kala kite kene redha atas apa yang berlaku....

Sometimes aku buleh jadi cool, tapi sometimes aku xbuleh, aku jadi manusia yang tersangat sedih....tapi nape???nape aku kene lalui sume perkara nih.....rasa nk behenti keje je kdg2...tapi mungkin ade org lebih susah dari aku....everyday ade je masalah yang xsetel, smpai aku xtaw yang mana 1 aku kene setelkan....nk ngadu pon xtaw kt sapa, nk complain pon xtaw nk complain kt sapa, btol ke aku pengecut????bodoh???